Majlis Guru TASKI Kebangsaan (MGTK) dilancarkan oleh 29 Julai 1995 bersamaan 1 Rabiul Awal 1416 Hijrah oleh Presiden ABIM pada ketika itu iaitu Dr. Muhammad Nur Manuty. Majlis ini dijalankan oleh ahli jawatankuasa yang dilantik oleh ahli-ahli dan mandat dari Yayasan Takmir Pendidikan untuk mengerakkan aktiviti-aktiviti TASKI dengan lebih produktif dan berkembang maju. Bagaimanapun AJK MGTK bukanlah sepenuhmasa dengan MGTK, pertemuan dan mesyuarat diadakan sekurang-kurangnya seminggu sekali di pejabat Yayasan Takmir Pendidikan dengan bimbingan dan persetujuan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Yayasan Takmir Pendidikan. Bagaimanapun pengoperasian dan penyelarasan sepenuh masa dikendalikan oleh beberapa Pegawai Yayasan Takmir Pendidikan yang telah diamanahkan.
i) Matlamat MGTK
- Menjaga kebajikan guru.
- Mempertingkatkan latihan dan dakwah di kalangan guru TASKI serta membantu Biro Pendidikan ABIM untuk memantap dan memperkembangkan Institusi Pendidikan Pra sekolah di semua peringkat.
ii) Objektif MGTK
Mempertingkatkan program, aktiviti kebajikan, ekonomi, keilmuan, tarbiyah dan pembinaan sahsiah guru bagi melahirkan guru-guru yang berwibawa.
iii) Fungsi & Peranan
- Sebagai perantara guru dan Yayasan Takmir Pendidikan.
- Melatih para da`ie di kalangan guru TASKI ABIM.
- Mempertingkatkan mutu pendidikan di TASKI ABIM.
- Menjalankan latihan dalaman
- Khidmat nasihat kebajikan guru.
- Menjadi wakil dalam mesyuarat Ketua Biro Pendidikan Negeri (YTPN).
- Menjadi penghubung antara masyarakat setempat dan ABIM.
iv) Dasar MGTK
a) Semua TASKI-TASKI seluruh Malaysia:
- ABIM sepenuhnya
- Berkerjasama dgn ABIM/YTP
- Berdaftar dgn YTP
- ABIM sepenuhnya - RM5.00 Setahun
- Berkerjasama dgn. ABIM/YTP - RM6.00 Setahun
- Berdaftar dengan YTP - RM7.00 Setahun
b) Faedah Akan Dapat:
- Kad Keahlian
- Khairat Kematian RM 100.00 Untuk Ahli Sahaja.
- Dapat Diskaun Kursus Yang Dianjurkan Oleh MGTK
- Mendapat Khidmat Nasihat Percuma
c) Yuran Kurikulum
Seorang pelajar hanya dikenakan RM1.00 Sebulan = RM12.00 setahun (bayaran sekali setahun):
Pecahan agihan adalah seperti berikut:
YTP - 50%
MGTK - 25%
Negeri/daerah - 25%